16 November 2009

Tengku dah datang.....

Tengku datang, tengku datang.....


Asal ujung tahun jek, tengku mesti datang, asal bulan seblas, doblas jek, tengku mesti datang. kalau tak datang tiap ari, sejam dua pun jadik lah. yang pasti bile tengku datang, bah mesti ikut. tak boleh tidak.


kalau kat kl, tengku datang dua jam jer, pastu bah datang, datang dengan gerombolan askar-askar dia. abih sume dilanggarnya. tak kira la orang tu leh slamat ke, boleh g tempat tinggi ke, reta benda, kalau tak ingat, abih bah sapu....




(ehsan Berita Harian)

nak wat camne, kiter bukan dok kat amerika. kat tempat diorang tengku tak minat datang, tapi bah selalu pegi sana.


bile tengku datang, ada yang suka, ada yang tak suka. ye lah, bile tengku datang, bebudak ler yang paling suka, boleh memain dengan tengku. yang tak seronoknya, orang yang noreh, nak noreh camne, asyik lembab je batang getahnya.


(ehsan Berita Harian)
yang tak behnya masa tengku datang, bah sapu semua yang melintang. yang kecik, yang besar, kalau tak beringat, nyawa pun boleh melayang. time-time camnilah nak kena beringat selalu. baik kecik, besar, tue, muda, utara, selatan, timur, barat....


teringat lagu harun salim bachik masa wat aerobik kat langkawi beberapa tahun dulu...


Banjir o, banjir o, banjir o,
rumah kita naik air eh oh..
e' e' o' o'....


TengkuJUH, tak kenal sapa, so beringatlah semua, tak semua yang dibawak oleh TengkuJUH tu, baik...


BAH pun camtu jugak, mak mak bapak, tetengok sikit anak2 tuh. katik pun nak kena tengk anak2 buah yang dah semakin nakal....

29 October 2009

Baru, baru, baru.....

Assalamualaikum...
Cukup lama katik tak masukkan entry kat dalam blog katik nih. Yelah, lepas dari bulan puasa, dah masuk bulan raya, tapi katik tahun ni macam tak raya je... sedih tau...



Apa taknya, masuk raya ke-4 katik dah kena keja untuk memastikan perjalanan majlis yang dihandle oleh daerah berjalan lancar. katik yang sedang bercuti tu pun dikerah dan dipanggil balik untuk bertugas.
Lepas daripada daerah sendiri, katik pegi daerah orang lak... Saling bantu-membantu. 2 minggu katik duk kat daerah orang. 2 minggu jugak katik nengok perangai orang yang tak serupa orang. dah ghopa beruk mat yeh je dah katik tengok. Apa taknye, 1 group asyik dok provok group yang lain. sudahnya apa yang jadi, diletakkan dua-dua dalam satu tempat, bergasak la diorang... nak luka pun sama sebangsa. nak mati pun, sama-sama satu kaum. kalau diorang ada otak yang dipakai untuk berfikir secara rasional, takda lah menda ni nak jadi. Well, tempat orang pun dah dapat pemimpin baru....

Balik dari daerah orang, sibuk lak untuk Pertabalan Yang DiPertuan yang baru. Negeri lak yang nak tabal pemimpin yang baru. Seminggu berkampung di Seri Menanti, dari sekecik-kecik (macam katik) istiadat hinggalah Majlis besarnya pada 26 Oktober yang lalu, semua sibuk. Seluruh pelosok negara hadir untuk menyaksikan pertabalan Yamtuan ni.

Selepas 40 tahun, barulah ada pertabalan yang baru setelah kemangkatan AlMarhum Tuanku Jaafar pada Disember 2008. sapa yang lepaskan peluang, memang satu kerugian yang amat besar...

Jadinya, katik yang berasal luar daripada negeri tempat keja katik ni, berpeluanglah untuk menyaksikan istiadat yang julung-julung kali katik tengok secara langsung. Katik rasa cukup bertuah sebab diberi peluang untuk menyaksikan istiadat ni walaupun katik ni cuma rakyat biasa aje.

Kalau nak dikisahkan perjalanan hidup Yamtuan yang baru ni, memanglah panjang, sebab dah termasuk dengan sejarah-sejarah hidup Yamtuan yang lama-lama, so, baik katik cume promote, pegilah Muzium Istana Lama Seri Menanti untuk tahu kisahnya. Dalam pada masa yang sama jugak, pegilah tengok Astana Raja kat Rembau untuk mengetahui Sejarah Negeri Sembilan nih.

Apapun, Selamat Bertakhta, DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11, Tuanku Muhriz Ibni ALmarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud... Daulat Tuanku.







03 September 2009

Life Is A Gift...

There was a blind girl who hated herself just because she's blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He's always there for her.

She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.
One day, someone donated a pair of eyes to her and then she can see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, "Now that you can see the world, will you marry me?"

The girl was shocked when she saw that her boyfriend is blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying. "Just take care of my eyes dear."

This is how human brain changes when the status changed.

Only few remember what life was before, and who's always been there. Even in the most painful situations.

Life Is A Gift

Today before you think of saying an unkind word - Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to God for a companion.

Today before you complain about life - Think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive - Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and thank God you're alive and still around.

Life is a gift, Live it, Enjoy it, Celebrate it, And fulfill it.

20 August 2009

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan, Bertambah Pengetahuan... (2)

Masuk hari kedua, rombongan Air Lerek dah sampai ke Terengganu Darul Iman. Negeri yang glemer dengan batik dan kopok lekor nyer tuh....

Di Terengganu, kami singgah di K-BESTARI Kg Bintang, Mukim Guntung, Setiu. Kampung ini terletak betul-betul kat sempadan Setiu. Penduduk kampungnye memang ramah mesra.

Kami dijamu dengan buah-buahan tempatan, durian, manggis, langsat, rambutan. Makan tengah hari pun sedap, dah macam g kenduri orang kawin lak, jamu nasi minyak. Panjang kata, memang orang Ganu nih baik-baik blake... Time kasih Orang Ganu...

Di Kampung Bintang nih ada satu perusahaan yang boleh menjana keuntungan kepada pengusahanya, perusahaan membuat batu cincin daripada batu granit.

Batu Granit yang belum di canai.



Selepas dicanai, boleh jadi secantik dan sebesar sebijik telur.


Selepas dicanai dan dijadikan batu cincin....

Bergambar bersama pemilik perusahaan batu granit (berbaju oren)...



AJK K-BESTARI Kg Bintang, Mukim Guntung



Pengerusi K-BESTARI Kg Bintang, Mohd Affendi



Cenderamata sebagai tanda terima kasih dan selamat jalan...

AJK kedua-dua K-BESTARI...

13 August 2009

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan, Bertambah Pengetahuan... (1)

Awal bulan Ogos itu ari, katik menyertai satu Rombongan K-BESTARI Orang Asli Air Lerek, Johol, Kuala Pilah ke Pantai Timur. Perjalanan yang memakan masa selama 12 jam , menuntut stamina yang kuat kepada para peserta rombongan.


Iyelah, kita nak ke tempat orang, segala onak dan duri kita perlu tempuhi, ye dak....


Tempat pertama yang kami kunjungi ialah K-BESTARI KG HUTAN BULOH, Melor, Kota Bahru, Kelantan.


Walaupun negeri di bawah pentadbiran bukan yang sama dengan kerajaan Persekutuan, tapi layanan yang diberikan, cukup memuaskan hati.


Populasi penduduk di sini adalah di kalangan warga emas, ada juga koloni penempatan Siam yang bersempadan dengan kampung ni.


tapi satu yang paling membanggakan apabila ke sini adalah, cara pelaksanaan dan pentadbiran mereka yang lebih telus dalam membangunkan anak-anak muda di kawasannya.


Menurut Pengerusinya (katik tak ingat sapa namanya) anak-anak kampung tersebut diberikan khidmat pembelajaran komputer secara intensif dengan bayaran bulanan hanya RM 5 sebulan. Murahkan... Guru yang mengajar mereka, adalah lulusan luar negara yang sanggup menabur bakti di kampung sendiri. Guru tersebut adalah seorang OKU....


Katik kalau diberi peluang, nak ajar budak-budak ni tentang komputer yang katik tau, yang baik-baik je tau... tapi, ye lah, katik ada tugas yang menunggu di kuala pilah sendiri....


Selepas lawatan ke K-BESTARI tersebut, apa lagi yang ditunggu.... SHOPPING!!!! kat mana lagi kalau bukan kat Rantau Panjang....


Betullah orang cakap, Rantau Panjang syurga membeli belah barangan buatan tempatan dan Thailand. Bermacam barang di beli oleh peserta program. Tikar, baju, tudung, tilam, bantal, macam-macam lah.... Sayangnya, katik takde gamba nk tunjukkan kat sini...

Peserta Rombongan baru turun dari bas....

Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bahru, tempat turun dari bas...




Dulu dikenali K3P Kg Hutan Buloh


Skang, Komuniti Bestari Kg Hutan Buloh, takda dulu, mana nak ada sekarang...



Pengerusi K-BESTARI Kg Hutan Buloh


Sesi bergambo le pulok.....


Ni la kelas komputer yang diperkatakan tu...

Kalau sapa pandai, ni bunga apa....

Ni gamba close up sikit... Org kelantan, terengganu tentu tau gunanya bunga nih....

12 August 2009

Menghargai Sayang


Seorang anak telah bertanyakan kepada bapanya, "Wahai bapaku, bagaimana untuk menghargai sayang?"

Bapanya berkata, "Wahai anakku, aku hendak meminta pertolongan kepada mu, kamu pergi ke taman yang berada di hadapan rumah, petik lah sekuntum bunga yang pada pandangan mu sungguh cantik, tetapi dengan satu syarat. jikalau kamu belum menjumpai yang benar-benar cantik, teruskanlah perjalananmu, tetapi jangan sesekali kamu berundur dan menoleh ke belakang lagi."

Anak tersebut terus ke taman seperti yang disuruh oleh bapanya. Tidak lama kemudian, si anak tadi pulang tanpa membawa sekuntum bunga pun dari taman.


Bapanya bertanya, "Wahai anakku, di manakah bunga yang ayah suruh petik tadi?"

Si Anak menjawab dengan nada yang sedih, "Wahai ayahku, saya mohon maaf kerana tidak dapat memetik walau sekuntum bungapun di taman tersebut kerana setiap kali saya berjumpa dengan bunga yang cantik, hati saya berkata, kalau bunga yang ini sudah cantik, tentu yang di hadapan masih ada yang lebih cantik. Akhirnya sehingga ke hujung taman, saya tidak dapat memetik walaupun sekuntum bunga kerana ayah berpesan, supaya tidak berundur dan menoleh ke belakang lagi."
Bapanya tersenyum sambil merapati dan mengusap kepala anaknya lalu berkata, "Wahai anakku, itulah tandanya kamu tidak menghargai sayang. Apabila setiap kali kita mempunyai sesuatu yang baik, kita akan terus mencari yang lebih baik daripada yang sedia ada. namun sebenarnya yang sudah ada di hadapan mata itulah yang terbaik buat kita, walaupun mungkin ia tidak secantik dan sebaik yang akan kita dapat selepas daripadanya.

"Begitu juga dengan hidup kita, setiap sayang yang kita dapat itu adalah sayang yang terbaik buat kita, walaupun di hati kita terdetik bahawa ada yang lebih baik terdapat di hadapan, tetapi sematkanlah di dalam hatimu wahai anakku, bahawa inilah yang terbaik buat mu untuk masa ini. Sekiranya sayang yang ada ini sudah pudar ataupun sudah tiada lagi, maka pada masa itulah kamu harus mencari sayang yang lebih baik dari itu."

Penah tepikir ke dek akal logik kita nih, nak buat sesuatu yang boleh membuatkan diri kita dihargai orang. Mesti ramai yang menganggukkan kepala masing-masing. Memang betul, sesuatu yang kita dapat pada masa sekarang ini adalah sesuatu yang terbaik buat kita.


Memang Allah S.W.T menuntut untuk kita berusaha dengan lebih keras, tetapi sekiranya usaha yang kita buat itu sekadar hanya untuk kepuasan diri sendiri, tetapi orang lain yang merana, watpe kan.....


Life is just like a broken glass. When you patch it up, you seek for a leak, cause you're unable to restore the water for tomorrow. Unless, you found where it leaked.... Saidin, Pekan Rabu, Alor Setar, 12/11/2008

Fikir-fikirkan.... Assalamualaikum...............

14 July 2009

Minda...

Setiap orang mempunyai minda mereka tersendiri. ada yang boleh dipakai, ada yang kurang. tetapi apa yang lebih penting adalah persepsi seseorang itu terhadap minda yang dimiliki oleh mereka.

Seringkali kita diwar-warkan dengan kata-kata "Minda kelas pertama, minda kelas ketiga".
apa yang difahami dengan ayat-ayat sebegitu? Tepuk dada, tanya selera, di mana letaknya kedudukan kita sebagai seorang manusia dan khalifah di muka bumi ini.

Bagi sesetengah pendapat, minda adalah sesuatu yang kompleks untuk kita terejmahkan dalam konteks pemahaman bahasa sekarang. tetapi dengan mempunyai minda yang, apa org putih kata, "Ada classss....." itu menjadi satu tuntutan di dalam kehidupan, keputusannya adalah terletak di tangan anda.

Apa yang katik mengarut nih.... kan.... tapi tak pelah. katik nak lari sikit dari membicarakan tentang isu semasa macam, 100 hari pemerintahan najib ke, prk manik urai ke...

apa yang merepekkan kat atas tu ada kaitannya dengan kata-kata yang akan katik bicarakan disini.

1. Half a glass of water but with a million answers.

2. Man does not live by rice it self, but by...

3. Beware!!! of the 'Devils' in disguise nowadays...

itu adalah sebahagian daripada madah-madah yang katik dapat masa katik pegi pekan rabu minggu lepas, masa tuh katik dengan kengkawan baru balik dari jitra, menghadiri Pertandingan Pengkisahan Peringkat Kebangsaan.

apa yang katik musykilkan adalah pemilik madah-madah ini. bile katik bertanyakan dengan pekedai di situ, pemilik madah ini sudah lama berkelana tanpa mempunyai hala tuju. beliau cuma berlegar di sekitar pekan rabu sahaja... dalam keadaan yang tidak terurus...

Apa yang dituliskan itu semuanya adalah lahir dari minda beliau sendiri, dengan membuat pemerhatian kepada keadaan sekeliling. sekali imbas orang takkan tau bahawa beliaulah penulis madah-madah tersebut. tetapi apa yang dibicarakan di atas sekeping kertas lalu ditampalkan di dinding di sebuah kedai di pekan rabu tersebut memberikan satu dimensi baru di dalam konteks pemikiran kita yang... mungkin sedikit jumud.

Ini kerana mungkin, mungkinlah, apa yang terlintas di kepalanya membuatkan beliau akan terus mencoretkan rasa hatinya itu. beliau ke hulu, ke hilir dengan sehelai kertas dan sebatang pen di tangan.

Sesetengah orang berpendapat bahawa beliau adalah seorang pesakit mental. kalau betul pesakit mental, mana mungkin beliau boleh mengeluarkan madah sedemikian indah bahasanya.

Ada banyak lagi madah-madahnya yang sempat katik rakamkan. tapi gambarnya tak sempat untuk katik rakam, sebab beliau menyorokkan dirinya. Beliau yang bernama Saidin... Umurnya mungkin dalam 50an.

Mungkin beliau tak mintak untuk jadi sebegitu, tapi kita yang normal ini boleh mempelajari sesuatu yang berguna daripada mereka yang tidak seperti kita ini.....

01 July 2009

Destiny... Perjalanan Yang Tiada Penghujungnya...

(klik imej untuk mendapat gambaran yang lebih besar)

Mengapa dituding telunjuk kepada orang lain
Sedang diri sendiri belum terukur
Ingatlah kita dikurniakan akal
Bukan untuk dicagar

Olah cara bukan untuk dicerca
Olah kata hanya untuk dikota
Olah bahasa bukan untuk dibinasa
Olah arca hanya untuk aturcara
Olahan hati bukan senang untuk dicari
Olahan ini takkan menjadi
jika menganyam hanya dibibir...

Destiny... Perjalanan Yang Tiada Penghujungnya...

Renung, fikir dan jadikan sebagai panduan perjalanan hidup di atas muka bumi Allah ini dengan redha dan menerima seadanya......

One Flaw In Women

Women have strengths that

amaze men.

They bear hardships and they carry burdens,

but they hold happiness, love and joy.

They smile when they want to scream.

They sing when they want to cry.

They cry when they are happy

and laugh when they are nervous.

They fight for what they believe in.

They stand up to injustice.

They don’t take "no" for an answer

when they believe there is a better solution.

They go without so their family can have.

They go to the doctor with a frightened friend.

They love unconditionally.

They cry when their children excel

and cheer when their friends get awards.

They are happy when they hear about

a birth or a wedding.

Their hearts break when a friend dies.

They grieve at the loss of a family member,

yet they are strong when they

think there is no strength left.

They know that a hug and a kiss

can heal a broken heart.

Women come in all shapes, sizes and colours.

They’ll drive, fly, walk, run or e-mail you

to show how much they care about you.

The heart of a woman is what

makes the world keep turning.

They bring joy, hope and love.

They have compassion and ideas.

They give moral support to their

family and friends.Women have vital things to say

and everything to give.

HOWEVER, IF THERE IS

ONE FLAW IN WOMEN,

IT IS THAT THEY FORGET THEIR WORTH
.

paham tak apa yang diperkatakan dalam kata-kata kat atas nih? mesti paham kan? mana yang tak paham, tanya orang yang paham.

wanita, dalam apa jua aspek kehidupan, akan mementingkan orang lain dulu sebelum dirinya sendiri.

bercakap dari pengalaman, ramai wanita yang tidak menyedari bahawa mereka juga berharga bagi orang lain yang berada di sekelilingnya.

maka oleh itu, bagi diri kita semua, sayangilah insan yang bernama wanita, ibu, kakak, adik perempuan, sepupu perempuan, nenek dan segala insan yang berjantina wanita..

dan kita sebagai wanita juga, janganlah ditunjukkan kelemahan kita di hadapan orang, kerana dengan kekuatan kita, akan memberikan juga kekuatan kepada orang lain….

Assalamualaikum….

24 June 2009

Martabat Seorang Ayah

Sekilas membaca di dalam akhbar hari ini, "Ayah, pulanglah, kami merindui mu..."

Rintihan anak kecil yang baru nak kenal dunia, ditinggalkan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah. hinggakan adiknya yang bongsu tidak mengenali siapa ayah mereka.
kenapa ini terjadi di dalam masyarakat kita pada hari ini? suami meninggalkan isteri dan anak-anak, terkontang kanting membawa haluan hidup di lautan dunia yang bergelora...

Walid, abah, bapak, babah, daddy, ayah...

itulah gelaran yang diberikan kepada seorang insan yang mana dari benih merekalah kita lahir ke dunia.

bagi seorang insan yang bergelar yatim piatu, tidak mengenal erti sepasang ibu dan bapa, mungkin merasakan bahawa mereka insan malang di dunia, tetapi kenapa, ada lagi manusia yang bergelar bapa memberikan title 'anak yatim piatu' sedangkan mereka masih lagi hidup tetapi menghilangkan diri kepada anak-anak anugerah Tuhan ini?

Allah S.W.T menjadikan setiap manusia tu berakal, untuk berfikir, bagi membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

kes haruan makan anak ni lagi satu hal, dah tak pueh ke dengan bini sendiri, sampaikan anak sendiri nak dibalun? orang yang macam ni sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka, dah lah masa depan anak tersebut hancur hanya disebabkan nafsu serakah mereka, inikan pulak nak dibebaskan daripada kesalahan mereka. ada tu yang sampai melahirkan anak kepada bapa sendiri. apa yang nak dipanggil kalau camtu, mak lahirkan adik sendiri....? huish.... simpang malaikat 44.

serangkap dari potongan lagu nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad...

Ayah dan ibu...
Ayah dan ibu.....
Itulah permulaan kami.....

setiap anak yang lahir itu kenal dengan mak bapak mereka sendiri. kalau mak bapak sendiri tak boleh nak menghargai anak yang dikandungkan tu, camne anak tu nak hormat mak bapak mereka sendiri...?

Fikir-fikirkanlah, wahai sahabat-sahabatku..........

Selamat Hari Bapa buat semua bapa di dunia ini, semoga menjadi role model yang terbaik untuk generasi masa depan negara....

Assalamualaikum.....

15 June 2009

Pujuk…

Tiada lafaz yang lebih agung
kalimah cintamu
yang ku tunggu, tunggu
biar jasad ku yang menanggung
permainan darimu
rela ku pujuk…..

sebahagian lagu ni mengingatkan pada seseorang yang telah lama menghilangkan diri. mengenalkan diri dengan dunia luar, mengenalkan diri dengan apa itu cinta kasih dan sayang,

tapi dia jugaklah mengenalkan diri dengan apa itu ertinya sayu, sedih, pilu, dipinggirkan.

betul la kata orang, sakit kat badan, boleh ubat, tapi kalau sakit yang kat dalam hati, camna nak ubat?

orang tua2 penah pesan, nak sayang orang kena berpada2. jangan terlalu sayang sampai tadek tinggal untuk diri sendiri…sudahnye, melepek kat tepi jalan, gile meroyan hanya disebabkan cinta seorang lelaki.

mujur cepat sedar, bangkit balik, dan inilah yang ada sekarang. tiada duka, hanya suka sentiasa…

Ada orang penah cakap:-…..

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu danmungkin akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu berharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masihboleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengkaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa… Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamuuntuk menerimanya. Akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik…

sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri…
buang yang keruh ambil yang jernih
baru teguh peribadi…..

Assalamualaikum…..

02 June 2009

Bahagia Terletak pada Sifat Redha....

BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah.
Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya.

Di manakah bahagia? Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat, atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.

Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda". Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan reda. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas’ud apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"

Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna. Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat reda.

Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang ’sesuai’ untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima’ dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya ‘terkejut’ di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: "Allah pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya." (Surah al-Bayyinah, ayat 8)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita reda sebab sayang.

Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang di amuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha.

Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang ‘diam’ dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat. Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah reda. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Tanda redha ada tiga. Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tak puas hati.

Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.

Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Redha bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi reda adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama reda kepada Allah.

Redha dengan apa yang dikurniakan sesungguhnya setiap apa kurniaan adalah mengikut bahagian bukan keseluruhan. Malah bersyukur adalah tunas keredaan.

Sumber: Berita Harian (21 Ogos 2006) dengan sedikit pindaan

"Life can give u a hundred reasons to cry,
But u can give life a thousand reasons to smile"

Renung, fikir dan ambil iktibar sebagai panduan hidup…

Assalamualaikum…….

30 April 2009

Kebesaran Tuhan...

Penah tengok tak jenis menatang macam ni? ini adalah salah satu kumbang yang jarang-jarang kita temui. nama kumbang ni saya tak pasti, tapi komposisi unik kulit atau kepaknya itu, macam kulit kayu yang dikopek dari batangnya, yang menarik minat saya untuk mengambil gambar tersebut.

macam tu jugak dengan kita manusia. setiap orang ada dan mempunyai keistimewaan masing-masing, ada yang comel, ada yang kurang comel (bukan tak comel) ada yang tinggi, kurus, gemuk, ketot, dan pelbagai macam ragam lagi.

tapi kita sebagai manusia haruslah bersyukur dengan apa yang telah dikurnikan oleh Allah S.W.T. sebagaimana kita lahir kat dunia ni dengan wajah dan bentuk badan yang sedia ada, macam tu jugaklah kita kembali kepadanya, bukan jadi cam transformers lak, boleh tukar-tukar bila nak.

tak silap saya, saya ada terbaca artikel di dalam Utusan Malaysia, berkenaan seorang wanita China sanggup membuat pembedahan plastik untuk mencantikkan wajahnya yang pada pandangannya tidak secantik ratu dunia. dia wat pembedahan di luar China. tapi bile dia nak balik masuk ke negaranya, dia ditahan di pintu masuk ke negaranya, sebab wajah dia tak sama dengan passport yang dimilikinya. kan dah jadi masalah. bak kata orang N9 ni, dah tak ado kojo cari kojo. kan dah nyusahkan orang, lebih-lebih lagi diri sendiri.

tu baru segelintir dari permasalahan yang terdapat di dalam dunia ni. berbalik kita kat Malaysia, kes yang tak selesai sampai sekarang, kes seorang pesakit di klinik menjalani prosedur menyedut lemak tetapi mati di meja pembedahan. prosedur tersebut dia dah jalani sebanyak 14 kalin sebelum ini, namun kali yang ke 15 dia menemui ajalnya.

mungkinlah Tuhan tu nak tunjuk, tak semua menda dalam dunia ni kita leh ubah mengikut kehendak diri kita, tapi yelah tu urusan dia dengan Allah kan...

Satu lagi, berkenaan dengan pembedahan transgender, tu pun dah semakin menjadi satu masalah dalam masyarakat kita ni. lainlah kalau orang tu khunsa, maka pembedahan tersebut adalah perlu untuk memberikan mereka peluang untuk menjalani kehidupan seperti orangt biasa. tapi yang kalau sesaje nak tukar, laki jadi pompuan, pompuan jadi laki, tu dah melanggar lumrah alam.

so, kita sebagai masyarakat bertamadun, ada akal, fikirkanlah. yang lebih penting, letakkan akal depan hati, sebab akal lebih realistik, hati banyak menyonsong perasaan...

Fikir-fikirkanlah... Assalamualaikum....

28 April 2009

Surat Dari Anak Mak Yang dah Tak Nakal

Mei akan menjengahkan muka dalam beberapa hari lagi, seperti yang kita tahu, setiap tahun, bulan Mei adalah bulan meraikan Ibu,
bukan bulan-bulan lain takleh nak raikan ibu, tapi bulan ni bulan yang spesel sikitlah...

bacalah catatan seorang anak di bawah ini untuk kita lebih menghargai seorang insan yang bernama 'BONDA'


Mak.....
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...
rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampung semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju...
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital....

... Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....

Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......
Bila balik sahaja kampung ....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital....
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...

Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...
sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu....
dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata...
" dikk...jangan nangis....kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...
baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!

Takpa la.....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...

Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 kmendatang kiter lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan....
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...

Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampung ...
Kiter cakap dengan kakak...
kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter... .
Akak kata...
" tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...

esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...

Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Yang Benar

Anak mak yang dah tak nakal

27 April 2009

Duit, duit, di mana kau duit....

Duit, duit, di mana kau duit....Duit, duit.....

Lagu M. Nasir bersama Kembara menggamit memori dan mengingatkan kita dengan keperluan asas yang utama, DUIT.

Duit, sapa yang tanak duit? orang gile pun tau menghargai duit. Duit boleh bawa bahagia, boleh juga bawa derita. cuma dengan cara apa kita membelanjakan duit tu yang akan membawa kita ke arah bahagia ataupun derita.

kalau bahagia, kuranglah perang saudara, perang suami isteri, perang keluarga. semua hidup dengan aman damai. sebab ada duit.

kalau derita, adik beradik sanggup tak bertegur, suami isteri boleh bercerai, keluarga berpecah belah. nak ke kita jadi camtu?

teringat saya pada satu kursus yang saya pegi satu masa dulu, diterangkan dengan konsep duit.

D - Doa
U - Usaha
I - Istiqamah
T - Tawakkal

Tafsirkanlah......

Kisah Awang Ada Duit Semua Jadi

Ada sorang pemuda nama Awang. Duk kampung dengan mak dia yang dah tua. satu hari dia canangkan satu kampung bahawa prinsip dia, ada duit semua jadi. orang kampung jengkel dengan sikap dia. raja kat negeri tu dengar apa yang dicanangkan dan baginda pun panggillah Si Awang ni ke Istana.

Menurut pemerhatian baginda, Awang ni sesuai jadi menantunya. Lalu dikahwinkan dengan puterinya yang cantik jelita. tak sempat si Awang ni nak melayari malam pertama, baginda dah halau awang dengan dua buntil wang emas.

baginda cabar awang, "Beta nakkan pewaris takhta dalam masa setahun tapi, kamu tidak boleh balik ke istana dalam masa setahun."

maka awangpun keluarlah dari negeri tu, mencari akal camna nak dapat zuriat kalau dia tak bersama isterinya. Bermacam cara sudah difikirkan, tetapi menuju jalan buntu.

satu hari dia mendapat satu idea. lalu diupahnya orang untuk membina replika seekor merak dengan menggunakan satu buntil wang emas yang diberikan oleh raja. Siap je replika tu, dia masuk ke dalam ruang yang memang dibina khas. lalu diupahnya orang untuk menghantar burung tersebut ke istana, mengatakan bahawa ia adalah hadiah daripadanya yang jauh di perantauan untuk isteri yang tercinta. maka, duduklah awang dalam istana tanpa pengetahuan raja.

sehinggalah pada satu hari, puteri tersebut, mual-mual, muntah dan mengidam buah-buah masam. raja tak senang duduk sebab baginda ingat puterinya itu cuba mencemarkan nama raja. baginda tanya dengan puteri, sapa yang buntingkannya, puteri tak jawab. raja hilang sabar dan memerintahkan puterinya dikurung kerana telah melempar lumpur ke muka baginda.

pada hari tamatnya tempoh setahun, awangpun keluarlah dari persembunyian dan mengarahkan pengawal untuk membebaskan isterinya itu. awang bawa puteri ke hadapan baginda dan mengatakan puteri tidak bersalah. Awang mengaku bahawa anak yang dikandungkan oleh puteri adalah anaknya.

raja tidak percaya, macam mana puteri boleh mengandung sedangkan awang diperantauan, awang ceritakan apa yang dah dia buat sepanjang setahun kehilangannya. baginda kagum dengan kebijaksanaan Awang dan menabalkan awang sebagai raja yang baru dan baginda mengundurkan diri. baginda hanya ingin menunggu saat untuk bermain dengan cucunya sahaja...

Cerita ni adalah ringkasan daripada buku cerita yang saya baca masa kecik-kecik dulu.

begitulah ceritanya Awang Ada Duit Semua Jadi. so fikir-fikirkanlah. duit boleh bawa bahagia kalau betul cara guna. dalam ekonomi sekarang duit memang satu keperluan yang asas. tadek duit, camne nak hidup. bukanlah menyuruh hidup ni bergantung sepenuhnya dengan duit, tapi berpada-padalah dalam soal berbelanja.

cerita ni hanya sekadar selingan untuk menunjukkan bahawa kita boleh berbuat apa sahaja kalau kita ada duit, tapi jangan jadi hamba duit. nanti, dari umo boleh sampai 70, 80 tahun, cuma separuh dari umo tersebut je yang boleh bernafas kat dunia. selebihnya kita dah mengadap munkar nankir dalam kubur.

Fikir-fikirkan.....
Assalamualaikum......