14 April 2012

Kindness - Kebaikan

Kindness is a language the dumb can speak and the deaf can hear and understand.

Paham tak apa maksudnya?

Itulah apa yang katik nak cerita hari ni. Dah cukup lama katik meyepikan diri, tetiba hari ni katik nak bercerita sesuatu yang semakin hilang dalam jati diri manusia duniawi.

Kindness, menurut kamus Dewan Bahasa, kualiti dalam membuat kebaikan, mengambil berat dan saling tolong menolong (the quality of being gentle, caring and helpful). KEBAIKAN, semua orang boleh membuat baik, tetapi adakah seseorang yang buat baik tu hanya sekadar membuat kebaikan, atau ada udang di sebalik mee kari (hmm.. sedap).  

Dalam dunia serba moden sekarang ni, kebaikan sudah semakin terhapus. Segala tindakan dan perbuatan yang dilakukan, semuanya hendakkan sesuatu sebagai balasan. Contohnya, seorang pelajar yang berjaya, akan disogok dengan hadiah sekiranya mendapat kejayaan yang cemerlang. Bukanlah katik menghalang sama sekali untuk memberi hadiah kepada anak-anak yang berjaya, tetapi, anak-anak sekarang sudah diajar sebegitu. "Adik kalau habis puasa tahun ni, mak bagi hadiah," itulah yang selalu digula-gulakan untuk mengajar anak berpuasa. Akibatnya, anak tersebut melaksanakan tanggungjawabnya hanya untuk mendapat hadiah.

Begitu juga dengan kebaikan. Kebaikan yang diberi, kadang-kadang hanya dipandang sebelah mata. Sekiranya bantuan yang dihulur, pasti ada sesuatu sebagai balasan. Tetapi semalam, katik seakan tersedar dari mimpi yang panjang apabila menonton filem 'Hafalan Shalat Delisa'. Menceritakan tentang seorang gadis kecil yang kehilangan sebelah kakinya akibat tsunami di Acheh. Bagaimana dia belajar untuk memberikan kebaikan kepada semua orang dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan. salah satu dialognya, "Delisa sayang ummi kerana Allah." 

Begitu juga dengan ungkapan di atas. Kebaikan adalah bahasa yang digunakan oleh orang bodoh, atau dalam erti kata lain, lurus bendul untuk menyampaikan apa yanga da dalam hati mereka, dan orang pekak boleh faham.

Wahai sahabat sekalian, Kebaikan adalah sesuatu yang senang ditutur, tetapi susah untuk dilaksanakan. Laksanakanlah kebaikan agar kita mendapat keampunan daripada Yang Maha Kuasa. Berikanlah kebaikan keranaNYA, bukan untuk mengharapkan balasan...
(credited to Aie, pelukis Blues Untuk Aku, Ujang )


No comments: