27 April 2009

Duit, duit, di mana kau duit....

Duit, duit, di mana kau duit....Duit, duit.....

Lagu M. Nasir bersama Kembara menggamit memori dan mengingatkan kita dengan keperluan asas yang utama, DUIT.

Duit, sapa yang tanak duit? orang gile pun tau menghargai duit. Duit boleh bawa bahagia, boleh juga bawa derita. cuma dengan cara apa kita membelanjakan duit tu yang akan membawa kita ke arah bahagia ataupun derita.

kalau bahagia, kuranglah perang saudara, perang suami isteri, perang keluarga. semua hidup dengan aman damai. sebab ada duit.

kalau derita, adik beradik sanggup tak bertegur, suami isteri boleh bercerai, keluarga berpecah belah. nak ke kita jadi camtu?

teringat saya pada satu kursus yang saya pegi satu masa dulu, diterangkan dengan konsep duit.

D - Doa
U - Usaha
I - Istiqamah
T - Tawakkal

Tafsirkanlah......

Kisah Awang Ada Duit Semua Jadi

Ada sorang pemuda nama Awang. Duk kampung dengan mak dia yang dah tua. satu hari dia canangkan satu kampung bahawa prinsip dia, ada duit semua jadi. orang kampung jengkel dengan sikap dia. raja kat negeri tu dengar apa yang dicanangkan dan baginda pun panggillah Si Awang ni ke Istana.

Menurut pemerhatian baginda, Awang ni sesuai jadi menantunya. Lalu dikahwinkan dengan puterinya yang cantik jelita. tak sempat si Awang ni nak melayari malam pertama, baginda dah halau awang dengan dua buntil wang emas.

baginda cabar awang, "Beta nakkan pewaris takhta dalam masa setahun tapi, kamu tidak boleh balik ke istana dalam masa setahun."

maka awangpun keluarlah dari negeri tu, mencari akal camna nak dapat zuriat kalau dia tak bersama isterinya. Bermacam cara sudah difikirkan, tetapi menuju jalan buntu.

satu hari dia mendapat satu idea. lalu diupahnya orang untuk membina replika seekor merak dengan menggunakan satu buntil wang emas yang diberikan oleh raja. Siap je replika tu, dia masuk ke dalam ruang yang memang dibina khas. lalu diupahnya orang untuk menghantar burung tersebut ke istana, mengatakan bahawa ia adalah hadiah daripadanya yang jauh di perantauan untuk isteri yang tercinta. maka, duduklah awang dalam istana tanpa pengetahuan raja.

sehinggalah pada satu hari, puteri tersebut, mual-mual, muntah dan mengidam buah-buah masam. raja tak senang duduk sebab baginda ingat puterinya itu cuba mencemarkan nama raja. baginda tanya dengan puteri, sapa yang buntingkannya, puteri tak jawab. raja hilang sabar dan memerintahkan puterinya dikurung kerana telah melempar lumpur ke muka baginda.

pada hari tamatnya tempoh setahun, awangpun keluarlah dari persembunyian dan mengarahkan pengawal untuk membebaskan isterinya itu. awang bawa puteri ke hadapan baginda dan mengatakan puteri tidak bersalah. Awang mengaku bahawa anak yang dikandungkan oleh puteri adalah anaknya.

raja tidak percaya, macam mana puteri boleh mengandung sedangkan awang diperantauan, awang ceritakan apa yang dah dia buat sepanjang setahun kehilangannya. baginda kagum dengan kebijaksanaan Awang dan menabalkan awang sebagai raja yang baru dan baginda mengundurkan diri. baginda hanya ingin menunggu saat untuk bermain dengan cucunya sahaja...

Cerita ni adalah ringkasan daripada buku cerita yang saya baca masa kecik-kecik dulu.

begitulah ceritanya Awang Ada Duit Semua Jadi. so fikir-fikirkanlah. duit boleh bawa bahagia kalau betul cara guna. dalam ekonomi sekarang duit memang satu keperluan yang asas. tadek duit, camne nak hidup. bukanlah menyuruh hidup ni bergantung sepenuhnya dengan duit, tapi berpada-padalah dalam soal berbelanja.

cerita ni hanya sekadar selingan untuk menunjukkan bahawa kita boleh berbuat apa sahaja kalau kita ada duit, tapi jangan jadi hamba duit. nanti, dari umo boleh sampai 70, 80 tahun, cuma separuh dari umo tersebut je yang boleh bernafas kat dunia. selebihnya kita dah mengadap munkar nankir dalam kubur.

Fikir-fikirkan.....
Assalamualaikum......

1 comment:

Minangz Boy said...

alahai panjangnya surat anak omak nulis........