14 July 2009

Minda...

Setiap orang mempunyai minda mereka tersendiri. ada yang boleh dipakai, ada yang kurang. tetapi apa yang lebih penting adalah persepsi seseorang itu terhadap minda yang dimiliki oleh mereka.

Seringkali kita diwar-warkan dengan kata-kata "Minda kelas pertama, minda kelas ketiga".
apa yang difahami dengan ayat-ayat sebegitu? Tepuk dada, tanya selera, di mana letaknya kedudukan kita sebagai seorang manusia dan khalifah di muka bumi ini.

Bagi sesetengah pendapat, minda adalah sesuatu yang kompleks untuk kita terejmahkan dalam konteks pemahaman bahasa sekarang. tetapi dengan mempunyai minda yang, apa org putih kata, "Ada classss....." itu menjadi satu tuntutan di dalam kehidupan, keputusannya adalah terletak di tangan anda.

Apa yang katik mengarut nih.... kan.... tapi tak pelah. katik nak lari sikit dari membicarakan tentang isu semasa macam, 100 hari pemerintahan najib ke, prk manik urai ke...

apa yang merepekkan kat atas tu ada kaitannya dengan kata-kata yang akan katik bicarakan disini.

1. Half a glass of water but with a million answers.

2. Man does not live by rice it self, but by...

3. Beware!!! of the 'Devils' in disguise nowadays...

itu adalah sebahagian daripada madah-madah yang katik dapat masa katik pegi pekan rabu minggu lepas, masa tuh katik dengan kengkawan baru balik dari jitra, menghadiri Pertandingan Pengkisahan Peringkat Kebangsaan.

apa yang katik musykilkan adalah pemilik madah-madah ini. bile katik bertanyakan dengan pekedai di situ, pemilik madah ini sudah lama berkelana tanpa mempunyai hala tuju. beliau cuma berlegar di sekitar pekan rabu sahaja... dalam keadaan yang tidak terurus...

Apa yang dituliskan itu semuanya adalah lahir dari minda beliau sendiri, dengan membuat pemerhatian kepada keadaan sekeliling. sekali imbas orang takkan tau bahawa beliaulah penulis madah-madah tersebut. tetapi apa yang dibicarakan di atas sekeping kertas lalu ditampalkan di dinding di sebuah kedai di pekan rabu tersebut memberikan satu dimensi baru di dalam konteks pemikiran kita yang... mungkin sedikit jumud.

Ini kerana mungkin, mungkinlah, apa yang terlintas di kepalanya membuatkan beliau akan terus mencoretkan rasa hatinya itu. beliau ke hulu, ke hilir dengan sehelai kertas dan sebatang pen di tangan.

Sesetengah orang berpendapat bahawa beliau adalah seorang pesakit mental. kalau betul pesakit mental, mana mungkin beliau boleh mengeluarkan madah sedemikian indah bahasanya.

Ada banyak lagi madah-madahnya yang sempat katik rakamkan. tapi gambarnya tak sempat untuk katik rakam, sebab beliau menyorokkan dirinya. Beliau yang bernama Saidin... Umurnya mungkin dalam 50an.

Mungkin beliau tak mintak untuk jadi sebegitu, tapi kita yang normal ini boleh mempelajari sesuatu yang berguna daripada mereka yang tidak seperti kita ini.....

4 comments:

- jinggo - said...

minda..
dikatakan
ada minda
minta tak sedar...

kita bersangka baik semuga sempena 100 hari PM kita duduk kat atas - ada perubahan dari segi pengolahan mindan....3 ke 1

ikan emas said...

Punca utama kita tidak mencapai apa yang kita kehendaki dalam kehidupan adalah kerana kita tidak tahu berkomunikasi dengan Minda Bawah Sedar atau berkemungkinan menghantar mesej yang salah.

Kita hanya menggunakan 10% dari kekuatan minda selainnya tidak digunakan dengan betul menyebabkan 75% daripada usaha kita menemui kegagalan.

Sebenarnya fikiran kitalah yang membentuk peribadi kita.

adnieyl achan said...

betuk tu ikan mas... fikiran kitalah yang membentuk peribadi kita. Letakkan akal depan hati, nescaya segala keputusan yang dibuat memberikan satu kepuasan yang hakiki.

semoga perubahan yang di bawa oleh PM membuahkan hasil yang mendatangkan faedah kepada semua, jinggo.

Pok Li said...

kehidupan penuh dengan cerita pelik.