12 August 2009

Menghargai Sayang


Seorang anak telah bertanyakan kepada bapanya, "Wahai bapaku, bagaimana untuk menghargai sayang?"

Bapanya berkata, "Wahai anakku, aku hendak meminta pertolongan kepada mu, kamu pergi ke taman yang berada di hadapan rumah, petik lah sekuntum bunga yang pada pandangan mu sungguh cantik, tetapi dengan satu syarat. jikalau kamu belum menjumpai yang benar-benar cantik, teruskanlah perjalananmu, tetapi jangan sesekali kamu berundur dan menoleh ke belakang lagi."

Anak tersebut terus ke taman seperti yang disuruh oleh bapanya. Tidak lama kemudian, si anak tadi pulang tanpa membawa sekuntum bunga pun dari taman.


Bapanya bertanya, "Wahai anakku, di manakah bunga yang ayah suruh petik tadi?"

Si Anak menjawab dengan nada yang sedih, "Wahai ayahku, saya mohon maaf kerana tidak dapat memetik walau sekuntum bungapun di taman tersebut kerana setiap kali saya berjumpa dengan bunga yang cantik, hati saya berkata, kalau bunga yang ini sudah cantik, tentu yang di hadapan masih ada yang lebih cantik. Akhirnya sehingga ke hujung taman, saya tidak dapat memetik walaupun sekuntum bunga kerana ayah berpesan, supaya tidak berundur dan menoleh ke belakang lagi."
Bapanya tersenyum sambil merapati dan mengusap kepala anaknya lalu berkata, "Wahai anakku, itulah tandanya kamu tidak menghargai sayang. Apabila setiap kali kita mempunyai sesuatu yang baik, kita akan terus mencari yang lebih baik daripada yang sedia ada. namun sebenarnya yang sudah ada di hadapan mata itulah yang terbaik buat kita, walaupun mungkin ia tidak secantik dan sebaik yang akan kita dapat selepas daripadanya.

"Begitu juga dengan hidup kita, setiap sayang yang kita dapat itu adalah sayang yang terbaik buat kita, walaupun di hati kita terdetik bahawa ada yang lebih baik terdapat di hadapan, tetapi sematkanlah di dalam hatimu wahai anakku, bahawa inilah yang terbaik buat mu untuk masa ini. Sekiranya sayang yang ada ini sudah pudar ataupun sudah tiada lagi, maka pada masa itulah kamu harus mencari sayang yang lebih baik dari itu."

Penah tepikir ke dek akal logik kita nih, nak buat sesuatu yang boleh membuatkan diri kita dihargai orang. Mesti ramai yang menganggukkan kepala masing-masing. Memang betul, sesuatu yang kita dapat pada masa sekarang ini adalah sesuatu yang terbaik buat kita.


Memang Allah S.W.T menuntut untuk kita berusaha dengan lebih keras, tetapi sekiranya usaha yang kita buat itu sekadar hanya untuk kepuasan diri sendiri, tetapi orang lain yang merana, watpe kan.....


Life is just like a broken glass. When you patch it up, you seek for a leak, cause you're unable to restore the water for tomorrow. Unless, you found where it leaked.... Saidin, Pekan Rabu, Alor Setar, 12/11/2008

Fikir-fikirkan.... Assalamualaikum...............

2 comments:

Pok Li said...

Kita sering beranggapan ada yang lebih terbaik daripada apa yang kita miliki. Sedangkan kita adalah kejadian yang paling sempurna Allah jadikan.

om said...

Salam...

Bole lihat kecantikan ayam serama di blogspot...

http://seramapenaga.blogspot.com/